Sunday, September 25, 2011

Kek Lapis Premium

Salam semua,

Alhamdullilah, setelah hampir sebulan Dhura Delights beroperasi, permintaan untuk kek lapis amat menggalakkan. Terima kasih untuk semua pelanggan Dhura Delights yang memberi kepercayaan kepada kami yang baru bertatih nih.

Untuk produk terbaru, kami di Dhura Delights memperkenalkan Kek Lapis Premium yang rasanya lebih mewah dan kaya. Di hasilkan dengan bahan-bahan bermutu dan pastinya memikat selera semua. Untuk permulaan, kami menghasilkan 2 jenis Lapis Premium iaitu Lapis Cadbury dan Lapis Cream Cheese & Cheddar. 




Lapis Cadbury yang enak dan mewah dengan kepingan coklat susu Cadbury yang lazat mampu memikat selera penggemar coklat. Enak dan moist.

Lapis Premium Cadbury
1 loaf 8 inci x 2.5 inci = RM 30
1 loyang 4 segi 8 inci x 8 inci = RM 80





Lapis Cream Cheese & Cheddar di perbuat daripada keju Kraft Philadelphia dan Cheddar yang di ketahui bermutu tinggi dan enak. Sangat sesuai untuk penggemar keju. Lapis Premium Cream Cheese & Cheddar ini jugak tidak berapa manis. Lemak, enak dan sangat moist.

Lapis Premium Cream Cheese & Cheddar
1 loaf 8 inci x 2.58 inci = RM 30
1 loyang 4 segi 8 inci x 8 inci = RM 80

No comments:

Post a Comment